fbpx

Puteri Sarah Akui Tertekan Disoal Tentang Zuriat

Bagi pasangan Syamsul Yusof dan juga Puteri Sarah yang genap bergelar suami isteri selama dua tahun pada bulan Mac nanti, Sarah mengakui dia merasa tertekan apabila sering ditanya tentang bila mahu dapat cahaya mata namun lama kelamaan lali dengan perkara tersebut.

BACA: Puteri Sarah Nafikan Rumah Tangga Bermasalah

“Memanglah teringin tapi belum rezeki. Mac depan saya dan Syamsul sudah genap dua tahun sebagai suami isteri. Kalau boleh saya ingin berita gembira itu tetapi seperti yang saya kata, semuanya adalah rezeki,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Sebelum ini, pasangan ini juga pernah menjelaskan bahawa mereka redha menerima ketentuan Tuhan dan tidak pernah berhenti berdoa dikurniakan cahaya mata. Selain itu, Sarah juga memeberitahu bahawa dia dan juga Syamsul akan menunaikan umrah buat kali ketiga pada bulan hadapan.

Semoga apa yang dihajati oleh pasangan ini akan dipermudahkan malah peminat mereka juga pastinya tidak henti-henti turut sama mendoakan yang terbaik buat Sarah dan juga Syamsul. (rtky/s)