fbpx

Puteri Balqis Kekal Tenang Walau Dilabel Yahudi

Tidak mahu terus terpalit dengan aura negatif, bapa kepada Puteri Balqis, Azizi Aziz menjelaskan bahawa dia hanya mengendahkan kritikan segelintir pihak mengenai gambar anaknya yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

BACA: Peminat Kecoh Puteri Balqis Berbikini

“Kami gembira di sini (pulau) malah tidak peduli dengan orang lain. Biarlah mereka membuat penilaian sendiri,” katanya menerusi mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online berhubung perkara tersebut.

Menurut Azizi, Puteri Balqis dalam masa yang sama turut membaca kesemua komen negatif mengenai gambar tersebut namun dia tetap tenang terhadap kritikan yang dilemparkan.

“Dia digelar dengan pelbagai gelaran tetapi dia tenang membaca semua komen tersebut. Dia okay,” katanya memberitahu mengenai situasi anak perempuannya ketika ini. Malah Balqis dilihat tenang menghabiskan masa bercuti melalui perkongsian gambar di Instagram. (rtky/s)