fbpx

Puteri Balqis Bergelar Pelakon Wanita Terbaik Asia

Pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis Aziz, 7, sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Televisyen Asian (Asian Television Awards 2014) yang berlangsung di Singapura, pada Khamis (malam tadi).

Puteri Balqis meraih kemenangan menerusi drama arahan pengarah Erma Fatima berjudul Balqis yang disiarkan di saluran TV3 tidak berapa lama dahulu.

BACA: Puteri Balqis Akui Berlakon Bukan Sebab Anugerah

Sekaligus dia mengenepikan lima pelakon wanita Asia yang bersaing iaitu Joan Chen (Singapura), Tien Hsin (Taiwan), Kristal Tin (Hong Kong), Ruin En (Singapura) dan Ko Shun Chin (Taiwan).

Ini merupakan kejayaan besar kedua Puteri Balqis tahun ini selepas meraih kemenangan Pelakon Wanita Terbaik (ASK2013) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC), Kuala Lumpur pada November lalu. (rtky/fr)