fbpx

Pulang Dari Merantau, Johan As’ari Buang Ego

Setelah dua bulan merantau mendalami ilmu agama di India, Johan As’ari tidak dapat menahan rindu kepada keluarganya dan pulang ke tanah air. Bagaimanapun, kepulangan pelakon ini kali ini adalah dengan perubahan positif dan lebih matang.

BACA: Johan As’ari Pelik Tidak Boleh Selfie Selepas Solat

“Banyak pengalaman baru saya perolehi di India. Selain tentang agama, saya juga berjumpa rakan-rakan baru dari seluruh dunia. Dalam masa yang sama dapat juga rehatkan diri dan segarkan semula fikiran”

“Antara perubahan ketara dalam diri selepas pulang dari India ialah kini saya sudah boleh menerima teguran. Sebelum ini saya sangat ego dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. Sekarang saya terbuka menerima kritikan,” jelasnya kepada Mangga Online.

Menerima banyak tawaran berlakon sebaik sahaja pulang dari India, Johan juga mengatakan bahawa dia akan merantau ke negara berbeza pula selepas demi menuntut ilmu keagamaan dan berdakwah. Semoga usaha Johan sentiasa dipermudahkan. (rtky/s)