fbpx

Populariti Bukan Matlamat Utama Beto Kusyairy

Pernah menjadi individu yang menghidupkan watak maskot program kegemaran kanak-kanak terbitan KRU Production pada 2000 iaitu Along, Beto Kusyairy menjelaskan kehadirannya di dalam bidang seni tanah air bukanlah untuk mengejar populariti.

BACA: Beto Kusyairy Kongsi Kepiluan Hati Adik Amira & Aqila

“Filem Istanbul Aku Datang melonjakkan nama saya. Apabila terserempak dengan peminat, mereka akan tegur dan ambil gambar. Sebenarnya populariti bukan matlamat saya menceburi bidang lakonan tetapi mahu menyampaikan kisah dan teladan dalam masyarakat”

“Bagaimanapun, bila ada yang menghargai, saya bersyukur. Kalau ikutkan peminat kenal saya menerusi kerja pun sudah mencukupi,” katanya kepada Harian Metro. Selain itu dalam masa yang sama, Beto juga menyatakan bahawa dia bukanlah sombong sehingga ada peminat teragak-agak mendekatinya.

Bagi pelakon ini, dia mengakui sedikit ‘lambat panas’ dengan orang yang baru dikenalinya. Tidak mahu peminat tersinggung, Beto berkata peminat boleh menegurnya bila-bila masa saja kerana dia bukanlah sombong seperti yang disangkakan. (rtky/s)