fbpx

Polis Evo Kini Catat Kutipan RM13 Juta

Jika sebelum ini, filem aksi yang mendapat perhatian ramai ini berjaya mencapai kutipan sehingga RM8 juta dalam masa kurang 2 minggu, kini sehingga 8 Oktober 2015, ia telah mencatat kutipan tiket sebanyak RM13 juta menerusi 102 buah pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

BACA: Kutipan Polis Evo Kini Sudah Mencecah RM8 Juta

Ini juga dalam masa yang sama menjadikan ia sebagai filem Melayu paling laris tahun 2015 dan kedua terlaris di carta filem tempatan dan jumlah penonton masih belum berkurangan.

Menurut Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, Astro Shaw yang merupakan penerbit filem Polis Evo, mengakui terkejut dan dalam masa yang sama turut bersyukur dengan perkara tersebut.

Selain itu, Najwa juga berterima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan kepada filem yang bertemakan aksi tersebut. (rtky/s)