fbpx

Polis Buru Suspek Rompak Bapa Emma Maembong

Bapa kepada Emma Maembong iaitu Ismael Maembong cedera ditetak di kepala dan tangan dipercayai ditetak oleh penyamun dalam satu kejadian ragut yang berlaku di bangunan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) petang semalam.

BACA: “Saya Memang Niat Mahu Memperisterikan Emma Maembong”

Melalui laporan BH Online, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Habibi Majinji, berkata berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek terbabit berkulit gelap masuk ke dalam kawasan berkenaan sekitar jam 5.15 petang.

“Setakat ini pihak polis sedang berusaha mendapatkan maklumat penuh daripada mangsa sendiri yang masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) disebabkan kecederaan yang dialaminya”

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun serta mendatangkan kecederaan,” katanya. Malah pihak polis juga mengalukan saksi kejadian yang mempunyai maklumat tampil untuk membantu siasatan.

Gambar Ihsan: BH Online