fbpx

Pilih Bekas Isteri, Datuk Hattan Bakal Bernikah Jun Ini

Datuk Hattan bakal bernikah Jun ini dan telah memilih bekas isteri pertama, Arianie iaitu ibu kepada anak tunggal mereka bernama Adam Eiman yang kini telah pun berusia 14 tahun.

Menurut Hattan beliau hanya mahu mengadakan majlis kecil-kecilan dan mungkin akan melangsungkan perkahwinan secara bersama dengan adik lelakinya, Achem.

Penyanyi yang popular dengan lagu Memburu Rindu itu turut memberitahu respon sebenar bekas isterinya itu setelah beliau meluahkan hasrat murni untuk mereka kembali hidup bersama.

“Pada mulanya dia (Arianie) tidak mahu kembali bersama namun saya yakinkan kepadanya bahawa saya sudah berubah dan sikap panas baran yang dahulu itu sudah hilang”

“Bila saya melihat wajahnya hati saya menjadi semakin sayang dan mahu memperisterikannya kembali”

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini. Kalau jodoh, tidak ke mana ‘kan?