fbpx

Pierre Andre Berhijrah, Sudah Lima Bulan Masuk Jemaah Tabligh

Ucapan penuh dakwah Pierre Andre ketika menerima Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 minggu lalu menjadi perhatian ramai peminat — dan tertanya tanya.

Menerusi temubual bersama Kosmo! hari ini, Pierre Andre mendedahkan yang beliau memang sudah berhijrah & memilih jemaah tabligh sebagai jalan untuk berdakwah.

“Seorang sahabat ajak saya menyertai tabligh. Pertama kali mencuba, saya terus jatuh cinta. Setakat ini, sudah empat kali saya keluar mengikuti aktiviti jemaah tabligh”

“Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari,” ujar beliau yang menyertai jemaah tabligh di Taman Permata, Ulu Kelang.

Menurut Pierre Andre lagi, beliau ketika ini tidak mempunyai projek filem terbaru selain karya sebelum berhijrah dan beliau bercadang untuk menyiapkan sebuah novel dakwah.

Gambar Ihsan: Rentak Artis