fbpx

Ini mungkin kisah terbesar di Indonesia hari ini. Seramai 17 orang termasuk empat orang selebriti ternama telah di’tahan pihak berkuasa dalam satu pesta dadah di Jakarta.

Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menyerbu rumah Raffi Ahmad di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada waktu Subuh Ahad tadi selepas mendapat maklumat orang ramai.

Selain Raffi Ahmad selebriti lain yang turut di’tahan dalam pesta dadah itu adalah Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar & juga Wanda Hamidah.

Laporan terbaru menyebut yang lima orang daripada 17 orang yang terlibat di’dapati positif dadah jenis ganja & MDMA (Ecstasy).

“Anggota kami sudah lama memerhari sekelompok artis yang melakukan pesta narkoba (dadah_. Kita sudah dalami selama 3 bulan akhirnya Subuh tadi anggota kami melakukan penangkapan dan penggeledahan salah satu artis — Raffi Ahmad,” ujar Deputi Penindakan BNN, Benny Mamoto.