fbpx

Peserta Uji Bakat Mentor Legend Persoal Nyanyian, Mas Idayu Naik Angin

Kami baru sempat menonton video yang kini sudah menjadi bualan ramai di media sosial tentang seorang peserta ujibakat program Mentor Legend yang telah mempersoal kredibiliti salah seorang mentor yang terlibat dalam program tersebut.

Erdy Sofian yang berusia 22 tahun hadir ke ujibakat Mas Idayu namun dengan nyanyian sederhana beliau telah diminta untuk mencuba lagi di lain kali atau bersama mentor lain oleh Mas Idayu.

Perkara itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati peserta ujibakat ini & beliau mula mengeluarkan ayat ayat mempertikai kenapa beliau tidak terpilih selain satu saat di mana dengan selamba persoalkan kualiti nyanyian Mas Idayu selama ini.

Nak tahu apa reaksi Mas Idayu, tonton video di atas dan komen pandangan anda. (rtky/m)