fbpx

Pertama Selepas Empat Tahun Kahwin, Noryn Aziz Selamat Bersalin Anak Lelaki

Berita kehamilan penyanyi Noryn Aziz sebelum ini mendapat reaksi positif ramai peminat yang memang mengharapkan beliau dikurniakan cahayamata secepat mungkin selepas kini sudah lebih empat tahun mendirikan rumahtangga.

BACA: Anggap Hadiah Tahun Baru, Noryn Aziz Sah Hamil Lima Bulan

Media Hiburan hari ini melaporkan yang Noryn Aziz telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, semalam dan ini merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama suami, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmah.

“Masya-Allah, pengalaman bergelar ibu cukup indah dan mengujakan. Sangat manis untuk saya kenangkan dan nikmat yang Tuhan berikan ini cukup bermakna. Gambar anak mungkin akan dikongsi selepas tujuh hari atau selepas pantang”

“Nama anak pun setakat ini belum diputuskan lagi. Kami ada bertanya ustaz dalam pertimbangkan nama yang dapat memberi maksud yang baik. Apa saya boleh cakap nama anak kami agak panjang juga,” katanya kepada Berita Harian petang ini.

Bayi itu telah selamat dilahirkan secara normal dan kini kedua-duanya berada dalam keadaan sihat namun tiada maklumat lanjut yang dilaporkan. Tahniah buat Noryn Aziz & suami sekeluarga atas kelahiran orang baru ini. Semoga mendatangkan kebahagian selamanya. (rtky/m)