fbpx

Pernikahan Kamal Adli, Emma Maembong Semakin Hampir?

Pelakon Kamal Adli menjelaskan, buat masa sekarang dia masih tidak berani untuk memberitahu bilakah tarikh yang sesuai untuk dia dan kekasihnya Emma Maembong berkahwin. Jelasnya lagi, dia hanya menunggu green light (kebenaran untuk bertindak) untuk ke peringkat seterusnya dalam hubungan mereka.

BACA: Kamal Adli: Berkawan Dengan Emma, Rezeki Tak Putus

“Saya tak berani nak cakap, selagi tiada green light, saya tak boleh cakap apa. Cukuplah orang tahu saya dan Emma berkawan. Perkara ini terlalu complicated. Lagipun tiada apa yang nak dikejarkan”

“Saya tunggu green light daripada siapa saya tak nak cakap, tapi apa yang boleh disimpulkan saya hanya tunggu daripada pihaknya,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran, Karya 12, anjuran Astro Citra kelmarin.

Dalam pada itu, Kamal turut menjelaskan bahawa dia akan cuba untuk mengelakkan diri digandingkan dengan Emma Maembong kerana dikhuatiri peminat akan bosan.

“Saya cuba untuk tidak digandingkan dengan Emma kerana takut orang bosan dan tidak mahu terlalu kerap tampil,” ujarnya. (rtky/h)