fbpx

Penyanyi Curi Telefon Bimbit di Singapura DiKenal Pasti: Mamat

Kesahihan berita ini hampir 100% kerana ada akhbar dari Singapura yang melaporkan berita ini beserta nama Mamat.

Semalam, Mamat di’laporkan di’lepaskan dengan ikat jamin seorang saudara yang menetap di’Singapura. Kes Mamat ini sedang dalam siasatan pihak polis.

Pelakon yang telefon bimbitnya di’curi mendakwa ingin menggugurkan dakwaan terhadap Mamat kerana kasihankan anak-anak beliau, namun pihak polis tidak membenarkan tindakan sedemikian.

Kami sedih melihat keadaan Mamat hari ini, sudahlah sedang dalam proses penceraian dengan isteri dek kerana orang ketiga, kini terlibat pula dalam kes kecurian.

Walaupun tuduhan yang akan di’kemukakan mungkin bersifat minor, tetapi peluang kedua yang di’berikan oleh peminat hiburan selepas titik hitam dahulu tidak di’hargai sepenuhnya oleh Mamat.

Kami doakan semoga ada jalan keluar yang lebih tenang buat Mamat.