fbpx

Pengkritik Sifatkan Tudung Nora Danish Ibarat Rahib Gereja

Turut sama mahu mengeluarkan jenama tudungnya sendiri, Nora Danish bagaimanapun dikecam hebat pengkritiknya di laman sosial kerana rekaan tudung yang dikeluarkan olehnya menyerupai rahib gereja.

BACA: Nora Danish: Hati Saya Hanya Untuk Nedim

8 - Pengkritik Sifatkan Tudung Nora Danish Ibarat Rahib Gereja - ROTIKAYA

Rata-rata peminat memang mempertahankan Nora namun pengkritik lebih hebat mendakwa rekaannya itu adalah tidak mengikut syariah serta menyerupai rahib di gereja. Selain itu, gimik Nora membawa burung hantu juga dianggap tidak sesuai oleh haters. Jika sudah namanya haters, pastinya semua pun salah di mata mereka.

Apa-apa pun, semoga apa yang dilakukan oleh Nora dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh empunya diri. Malah khabarnya pelakon ini juga mengambil keputusan untuk berhenti berlakon selain mahu menumpukan perhatiannya kepada perniagaan. (rtky/s)