fbpx

Kami sendiri percaya, jika kita terbitkan sesuatu yang berkualiti, maka perkara baik akan datang bertandang menjadi penyeri.

Walaupun mendapat publisiti yang meluas di’media massa & juga media sosial, filem Bunohan boleh kami kira sebagai kurang berjaya untuk menarik penonton untuk ke panggung wayang.

Namun, filem pertama yang ke pawagam arahan Dain Iskandar Said ini sudah pun mendapat satu berita gembira dari pengedar filem di Amerika Syarikat.

Oscilloscope Pictures di’khabarkan telah membeli hak pengedaran filem ini ke pasaran Amerika Syarikat tetapi tidak dapat di’pastikan format yang bakal di’bawa ke sana nanti — DVD atau tayangan filem penuh.

Namun yang pasti, pengedaran filem ini secara komersial ke luar negara boleh meluaskan konsep filem Malaysia sebegini ke mata dunia & mana tahu penerbit filem Hollywood berminat untuk ke’sini.