fbpx

Kerana Drama, Peminat Suruh Ayda Jebat Bertudung

Pelakon wanita popular Ayda Jebat sememangnya kini menjadi satu fenomena dalam industri hiburan apabila satu per satu kejayaan dan drama yang dilakonkannya hampir meletop.

Selain daripada sokongan keluarga, sokongan daripada peminat turut memainkan faktor yang terbesar bagi seseorang artis itu untuk terus berjaya. Disebalik kejayaannya itu sudah tentu ada yang suka dan ada juga yang membenci.

BACA: Ayda Jebat Pelik Kenapa Masih Tidak Laku Jadi Teman Wanita

Bagaimanapun, melalui sumber-sumber media sosial terkini segelintir peminat menyuruh Ayda Jebat untuk bertudung kerana melihatkan penampilannya yang cantik dan ‘kena’ apabila bertudung penuh dalam beberapa siri drama nya sebelum ini.

“Like gambar yang paling banyak ialah gambar saya yang pose bertudung. Kadang-kadang comel juga melihatkan saya begitu memakai tudung. Saya akan pakai tudung apabila saya sudah bersedia dan hati terbuka. Tidaklah kerana peminat saya mahu memakai tudung tidak ikhlas namanya, biarlah melakukannya dengan keikhlasan hati,” katanya.

Sementara itu juga, Ayda turut menceritakan bahawa buat pertama kalinya dia ke Amsterdam baru-baru ini ditipu oleh agensi pelancongan di sana sehinggakan terpaksa berpindah ke hotel ke satu hotel yang lain sebanyak 4 kali sepanjang 10 hari tempoh berada di sana.

“Pertama kali ke sana tidak berapa baik kerana saya kami ditipu sesudah sampai di sana. Selama 10 hari di sana kami 4 kali bertukar hotel. Saya ke sana bersama-sama pelakon lain seperti Aiman Hakim, Nina Nadhirah, Lya Natalia dan yang lain untuk menjalani penggambaran drama berjudul ‘Sesal Separuh Nyawa”

Ayda Jebat turut tersenarai dalam pencalonan dalam kategori Drama Rantaian Popular Di Media Sosial menerusi ‘Rindu Awak 200%’ di Anugerah Skrin (ASK) 2015. (rtky/h)