fbpx

Pengarah Muda, Syafiq Yusof Umum Akan Bertunang Esok Melalui Twitter

Sekali baca, tajuk kami seperti mengatakan yang pengarah muda ini bakal melangsungkan pertunangan melalui Twitter — tidak pernah di'buat orang & kami malas ubah.

Hari ini, sedang para peminat menumpukan perhatian kepada pernikahan Anne Ngasri dan Sumali Reduan, pengarah filem S.A.M ini tampil dengan satu pengumuman agak penting.

Syafiq Yusof melalui akaun Twitter beliau hari ini menyebut yang beliau akan bertunang pada 23 Disember 2012, iaitu esok dengan gadis pilihan hati — Aiesyah Zainal.

Anak lelaki Yusof Haslam ini k

emudian memetik ayat dari filem arahan sendiri — bukti yang paling kukuh bagi lelaki yang betul betul mencintai wanitanya adalah dengan perkahwinan.

Tahniah buat Syafiq Yusof & pasangan untuk langkah pertama dalam menjalinkan hubungan yang lebih serius & di'restui.

UPDATE-1: Majlis pertunangan Syafiq Yusof & Aiesyah Zainal telah pun selamat berlangsung seperti yang di'rancangkan dan berikut merupakan gambar gambar sekitar majlis.

Kredit Gambar: Effindi Kamaruddin, Siti Fatimah Az-zahra Zainal

zp8497586rq