fbpx

Peminat Tidak Setuju Daphne Iking Berbikini

Tampil dengan imej berbikini ketika di dalam akaun Instagram miliknya, pengacara dan personaliti TV popular, Daphne Iking menerima pelbagai komen di ruangan komen laman sosialnya itu.

Peminat-Tidak-Setuju-Daphne-Iking-Berbikini---ROTIKAYA_in

Gambar seksi tersebut juga menjadi perbualan peminat di laman sosial yang lain yang mempertikaikan keberanian Daphne beraksi sedmikian. Jika dilihat daripada gambar-gambarnya yang lain, Daphne kini mungkin sedang bercuti di Sabah.

Daphne atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking, 36, melafazkan dua kalimah syahadah pada 8 Januari 2011 dan pada hari tersebut juga dia menjadi isteri kepada Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Iman Daniella.

Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan seorang lagi anak perempuan Isobel Daniella, kini berusia 7 tahun. (rtky/s)