fbpx

Peminat Kurang Setuju Awal Ashaari & Scha al-Yahya Namakan Anak ‘Lara’

Baru-baru ini, peminat hiburan tanah air telah mendapat berita gembira bahawa pengacara dan pelakon popular Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah dikurniakan seorang bayi perempuan dan ini ternyata membuatkan para peminat tertunggu-tunggu untuk mengetahui perkembangan bayi mereka dan sehinggalah ke atas nama bayi perempuan itu.

Awal Ashaari agak berahsia mengenai nama bayi sulungnya itu, sehinggalah beberapa minggu yang lepas dia memberitahu kepada media bahawa puteri sulungnya itu dinamakan dengan nama yang cukup ringkas dan pendek iaitu Lara.

BACA: Awal Ashaari Dedah Wajah Anak Selepas Scha al-Yahya Habis Pantang

Sungguh unik dan agak menarik nama tersebut. Akan tetapi menerusi Sinar Harian, nama bayi itu dikritik oleh segelintir peminat yang mengatakan bahawa Lara ialah maksud yang kurang baik iaitu berduka atau sengsara mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Sebaliknya pula bagi Bahasa Latin, Ukraine dan Russia, ada peminat yang memberitahu, maksud Lara membawa erti terkenal, perlindungan dan anggun.

Walaubagaimana pun, belum ada kata putus atau nama sebenar puteri sulung Awal dan Scha ini yang didedahkan mereka, buat peminat-peminat mereka apa kata kalau kita berdoa buat mereka sekeluarga agar dikurniakan puteri yang solehah. (rtky/hfz)