fbpx

Peminat Kritik Zizie Izette Buka Tudung Di Osaka

Memang seronok ketika ini melihatkan ramai di antara barisan selebriti meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan bercuti di luar negara. Bagaimanapun, bagi peminat dan juga pengikut Zizie Izette, tindakan pelakon berkenaan tidak berhijab ketika di Osaka, Jepun menimbulkan pelbagai reaksi berbaur.

BACA: Naila Nurjannah Seri Rumah Tangga Zizie Ezette, Suami

Peminat Kritik Zizie Izette Buka Tudung Di Osaka

Sehingga artikel ini ditulis, gambar Zizie tidak mengenakan hijab masih lagi terdapat di akaun Instagram miliknya. Sebahagian daripada komen yang ditinggalkan di laman sosial pelakon berkenaan mempersoalkan mengapa Zizie beritndak sedemikian sementara ada juga yang sempat berdakwah.

Apa pun, pastinya tuan punya badan mempunyai jawapan tersendiri di atas tindakan yang dilakukannya. Menilai orang bersungguh sangat, tanpa melihat kembali kelemahan diri sendiri tidak elok juga.

Kami percaya Zizie akan menyatakan rasa hatinya apabila sudah bersedia kelak. Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang Zizie berada di sana. Enjoice!