fbpx

Pelakon Veteran Aziz Singah Meninggal Dunia

Takziah kami ucapkan kepada keluarga pelakon veteran Aziz Singah di atas pemergianya akibat kanser prostat pada Jumaat (1 Julai) di kediamannya di Seri Kembangan. Menurut anaknya, Daniel Aziz, arwah meninggal dunia sekitar 11.10 malam di samping keluarga tersayang.

“Ayah berada dalam keadaan nazak semasa dirawat di Pusat Kanser Negara, Putrajaya dan kira-kira pukul 10 malam, kami memutuskan untuk membawa dia pulang ke rumah. Kira-kira sejam berada di rumah, ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, Allahyarham akan dimandikan di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) kira-kira pukul 8 pagi Sabtu dan akan dikebumikan di tempat kelahirannya di Kampung Bongek, Rembau Negeri Sembilan sebelum solat Zohor pada Sabtu. (rtky/s)