fbpx

Paul Walker Tinggalkan Magis Dalam Fast & Furious 7

Kami tahu anda tidak sabar untuk menyaksikan adegan dan babak-babak yang penuh mencemaskan di dalam filem Fast & Furious 7 dan tidak salah jika kami katakan bahawa anda sebenarnya dalam masa yang sama tidak sabar untuk melihat aksi terakhir lakonan Paul Walker.

Paul Walker Tinggalkan Magis Dalam Fast & Furious 7 - ROTIKAYA20150323_1750

Antara salah satu rahsia bagaimana francais ini mampu bertahan lama dan mempunyai pengikut yang ramai adalah melalui ketangkasan aksi pertarungan dan juga perlumbaan kereta yang mendebarkan, konflik serta hubungan kekeluargaan yang rapat.

Paul Walker Tinggalkan Magis Dalam Fast & Furious 7 - ROTIKAYA20141017_1744

Mengisahkan mengenai misi balas dendam abang kepada Owen Shaw yang telah terbunuh pada Fast & Furious 6 sebelum ini, ia bukanlah tugas mudah kepada Dominic Toretto (Vin Diesel) malah jika dinilai melalui trailer yang keluar ketika ini, tidak salah dikatakan jika Fast Furious 7 memberi jaminan penonton tidak akan duduk dengan selesa.

NINJA TURTLES

Babak aksi kejar mengejar dan juga kemusnahan kereta mewah merupakan salah satu trademark di dalam filem ini dan untuk pengetahuan anda, salah satu babak di mana sebuah kereta mewah berwarna merah telah menembusi pencakar langit (boleh dilihat di dalam trailer) di Dubai adalah dilakukan secara sebenar namun dilakukan dengan ketinggian yang lebih selamat.

Paul Walker Tinggalkan Magis Dalam Fast & Furious 7 - ROTIKAYA20150323_1745

Malah anda perlu ingat, ketika anda menonton filem ini nanti, salah satu babak di mana semua kereta pelakon utama dibiarkan membuat ‘terjunan bebas’ di udara, aksi stunt itu juga benar-benar dilakukan oleh pelakon agak ngeri berpengalaman.

NINJA TURTLES

Bagaimanakah pengakhiran pasukan ini yang dianggap sebagai satu keluarga masih lagi menjadi tanda tanya selagi anda belum menonton filem ini di panggung wayang. Kami lihat Luke Hobbs (Dwayne Johnson) telah terjatuh daripada bangunan akibat letupan dan adakah kejadian itu bakal mengakiri riwayatnya?

Fast & Furious 7 akan ditayangkan di pawagam berhampiran anda bermula 2 April ini.