fbpx

Pakaian Seksi Zizie Ezette Di ABPBH 2014 Jadi Bualan Ramai

Kemunculan Zizie Ezette pada ABPBH 2014 semalam ternyata mengubat rindu peminatnya yang sudah lama mengharapkan kemunculan pelakon ini di layar perak mahupun kaca televisyen. Namun apa yang lebih menarik perhatian pada majlis anugerah tersebut ialah pakaian yang dikenakan olehnya yang dikatakan seksi.

BACA: Zizie Ezette & Bung Mokhtar Sambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-4

Kehadiran Zizie Ezette yang juga merupakan isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar, mula mencuri tumpuan ketika pelakon ini bersama ibunya dan Shaheizy Sam sama-sama berada di atas pentas. Penampilan Zizie yang dikatakan seksi itu kemudiannya terus menjadi bualan di laman sosial.

Namun ada juga yang menyokong penampilan pelakon ini dan ramai juga yang mahu melihat dia kembali berlakon. Khabarnya Zizie Ezette bakal membuat kemunculan semula tidak lama lagi. Apa-apa pun, kena tanya abang Bung dululah, ya? (rtky/s)