Gambar: Anugerah Juara Lagu Ke 26 Catat Sejarah Dengan 6.5 Juta Penonton Keseluruhan

Rasa’nya kami adalah blog picisan terakhir yang memaparkan foto foto selebriti di’sekitar Anugerah Juara Lagu ke 26 yang lalu.

Tidak mengapa, baik ada daripada tiada langsung. Itu motto orang pemalas seperti kami. #LOL

Kami baru sahaja menerima satu berita gembira dari pihak Unit Perhubungan Awam & Acara TV3 yang memaklumkan AJ26 yang lalu mencatat sejarah baru.

Menurut kenyataan ringkas yang di’hantar, kadar tontonan untuk keseluruhan Anugerah Juara Lagu 26 telah mencipta rekod baru dalam dunia penyiaran dengan tontonan sebanyak 6.5 juta!

Memang layak kami kira untuk acara yang paling gah dalam sejarah Anugerah Juara Lagu sepanjang 26 edisi. Tahniah buat pihak penganjur daripada kami di Rotikaya HQ. Gambar sekitar karpet biru selepas ini.  Teruskan Membaca

Nora Danish Enggan Komen Isu Perkahwinan Bekas Suami, Nafi Kini Sedang Bercinta

Agak susah untuk kami bertemu mata dengan aktress comel Nora Danish dek kerana beliau sendiri lebih sibuk dengan kerjaya.

Berkata kepada wartawan ketika menghadiri majlis anugerah PPMH 2011/12, Nora Danish kini sedang sibuk dengan drama & beberapa tawaran filem yang ada.

Tidak boleh lari dari soalan yang berbaur peribadi, Nora Danish di’ajukan soalan akan isu kahwin Rizal Ashram dan Fasha Sandha yang kembali hangat.

Pantas Nora Danish menjawab yang beliau tidak mahu berikan apa apa komen berkaitan isu perkahwinan mereka dan juga tidak mampu memberikan jawapan sama ada akan hadir ke majlis perkahwinan mereka jika di’jemput.  Teruskan Membaca

Adey Syafrien Kecewa Dengan Sikap Orang Melayu, Tuduhan Liar Agak Melampau

Bukan kami ingin bersikap seperti manusia stereotaip yang lain, tapi jika di’fikirkan kembali, apa yang terjadi kepada pendatang baru ini bukan perkara asing.

Lebih lebih lagi dalam komuniti berbangsa Melayu yang kita sedia maklum rajin membawakan kisah dengan perisa tambahan.

Terbaru, Adey Syafrien meluahkan rasa kurang senang beliau dengan sikap orang di’sekeliling beliau sehingga timbul perasaan untuk menukar diri ke bangsa lain.

Apa cerita? Menurut Adey Syafrien beliau baru baru ini telah berjaya membuka sebuah bengkel baiki kenderaan dengan wang hasil titik peluh beliau namun ada suara suara sumbang mengatakan yang Adey Syafrien ini berjaya menggunakan pengaruh & duit pihak ketiga.  Teruskan Membaca

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.42)

Hubungan Miera Liyana & Shahz Jaszle nampaknya semakin meruncing apabila si wanita berkata beliau sudah tawar hati untuk kembali berdamai dengan si jejaka. Eh. – mStar Online

Bintang A-list Hollywood, Brad Pitt berkata yang beliau tidak membenarkan anak anak untuk mencari maklumat diri beliau melalui Google. - People

Bukan sahaja Malaysia, namun dunia K-pop juga tidak boleh lari dengan isu pakaian yang tidak sengaja seksi. Terbaru, ahli kumpulan SNSD (Girl’s Generation) Sunny (gambar) menjadi mangsa sudut fotografi yang ‘bertuah’, untuk kita semua. – allkpop

Bintang pujaan gadis gadis semua, Robert Pattinson menjadi wajah muka hadapan untuk majalah GQ Russia & filem terbaru beliau akan muncul ke pawagam seluruh dunia Mac 2012. - Just Jared

Walaupun membuat konsert di Indonesia & Filipina, namun kemunculan Katy Perry di Las Vegas menjadi perhatian media. – TMZ

AJL26: Awan Nano Cipta Kejutan Menangi Juara Lagu, Menangi Vokal Terbaik Kali Kedua

Kini tamat sudah majlis Anugerah Juara Lagu ke 26 (AJL26) yang boleh kami katakan sebagai satu malam yang paling hebat.

Membariskan barisan lagenda muzik Jamal Abdillah, Awie dan Sheila Majid sebagai persembahan pembukaan, Anugerah Juara Lagu 26 kali ini bukan main main.

Gimik gimik yang di’lakukan pada malam ini semuanya menjadi dan tiada gimik murahan sepanjang pemerhatian kami di’sini.

Jika di’beri pilihan, persembahan Kisah Hati dari Alyah — dengan hiasan pentas indah sebegitu dan kemunculan Remy Ishak, ia’nya menjadi persembahan kegemaran.

Berikut adalah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu ke 26 yang berlangsung dengan jaya’nya di Stadium Putra Bukit Jalil 29 Januari 2012 yang lalu. Enjoice!  Teruskan Membaca