Gambar & Video: Di Sebalik Tabir Istanbul Aku Datang

Hari Sabtu yang agak perlahan buat kami & dunia hiburan Malaysia dan kami terpaksa menggunakan senjata rahsia kami untuk menarik anda semua supaya tidak keluar rumah — Lisa Surihani.

Seperti yang ramai sedia maklum, krew produksi filem Istanbul Aku Datang kini berada di Istanbul, Turki untuk menjalani penggambaran 100% di’sana.

Hampir 10 hari mereka berada di’sana, pelbagai aksi pelakon utama Istanbul Aku Datang iaitu Lisa Surihani & Beto Kusyairi berjaya di’rakamkan untuk tatapan peminat di’Malaysia.

Filem Istanbul Aku Datang di’arahkan oleh Bernard Chauly dan akan menemui penonton sekitar 2012 menampilkan pelakon seperti Lisa Surihani, Beto Kusyairi, Tomok & penampilam sulung dalam filem Aizat.

Gambar & video yang kami paparkan di’sini di’ambil dari laman Facebook rasmi Istanbul Aku Datang dan tidak kami berniat untuk mencabul hak cipta imej comel Lisa Surihani mereka. Enjoice! Teruskan Membaca

Libas: Tujuh Hari Di Pawagam, Kutipan Hanya RM900,000

Kenyataan jujur, sang penulis entri ini sendiri belum pergi menonton filem Libas kerana belum ada masa.

Namun pendapat dalam artikel ini di’bantu oleh pembantu editor kami yang baru sahaja bangun tidur akibat letih headbanging di konsert Westlife malam tadi.

Beliau yang mengikuti tayangan awal Libas kepada pihak media beberapa minggu yang lalu berkata filem ini sebenarnya sebuah filem yang cukup bagus untuk di’tonton.

Menurut pendapat beliau, jalan cerita Libas jauh lebih menarik dari sebuah filem pesaing yang menampilkan gangster poligami. Tetapi, jangan pertikai CGI yang di’gunakan.

Laporan Berita Harian hari ini mengatakan yang selepas seminggu tayangan, Libas hanya berjaya mengaut RM900,000 yang merupakan angka agak rendah dalam era baru filem Malaysia hari ini.

Kos pembikinan Libas menurut pengarah filem ini, Jurey Latiff Rosli membabitkan RM2 juta dan itu termasuk kos promosi & pemasaran yang di’lakukan kemudian.

Beliau juga sebenarnya agak keliru dengan kutipan yang rendah itu sedangkan menerima maklum balas yang positif tentang jalan cerita & teknik janaan imej komputer (CGI) yang mereka gunakan.

Libas terpaksa bersaing dengan Bini-Biniku Gansgster yang khabarnya sambutan begitu bagus dan selepas seminggu tayangan, Libas terpaksa bersaing dengan Al-Hijab yang kini sudah mula ditayangkan.”

Libas akan berada di’pawagam seluruh negara untuk tempoh seminggu lagi menurut peraturan wajib tayang dan bawa diri anda ke pawagam untuk tonton filem ini sebelum terlambat.

Gossip: Adam Shah Syok Sendiri Dengan Penerbit Media Prima?

Who the hell is Adam Shah you ask? Beliau merupakan salah seorang pelakon yang mula hangat selepas membintangi drama bersiri Juvana.

Dalam drama tersebut, Adam Shah membawakan watak Ayam dan kini beliau juga sedang membintangi sebuah drama bersiri lain, Cinta Elysa bersama Fasha Sandha & Johan Asari.

Sudah kenal siapa Adam Shah? Okay sekarang bahagian gossip yang perlu anda baca.

Semalam ketika satu majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, kami sempat bertemu dengan beberapa orang kuat Media Prima dan dalam sembang ringan kami muncul’lah nama Adam Shah.

Menurut mereka, Adam Shah kini sebenarnya sedang angau atau syok sendiri dengan seorang penerbit untuk kandungan online Media Prima yang boleh tahan cantik di’mata kami.

Sumber turut memberitahu yang Adam Shah mula mengenakan syarat yang pelik pelik kepada penerbit ini walaupun belum ada apa apa ikatan waima kekasih pun antara mereka berdua.

Adam Shah di’katakan kurang senang dengan kehidupan penerbit tersebut yang agak freestyle dan sering menasihatkan gadis tersebut jika mengetahui ada aktiviti di’lakukan kurang berkenan di hati Adam Shah.

Penerbit itu juga di’khabarkan rimas dengan ‘teman lelaki’ tidak di’undang itu dan sekarang sudah malas melayan apa pun yang Adam Shah katakan kepada beliau.

Kami akan menghubungi Adam Shah apabila kami suka, seperti kami katakan, let’s play some games dan kami akan bawakan respons Adam Shah berkaitan gossip ini apabila perlu. TEEHEE!

Gambar: Kakak Ella, Jojie Kini Kekal Dengan Imej Berhijab

Kalau anda masih ingat, sekitar Ramadhan yang lalu kami ada menulis tentang Jojie yang mengenakan imej bertudung sempena menghormati bulan mulia.

Pertemuan kami bersama Jojie beberapa hari lalu di majlis sidang media konsert Whitesnake & Ella mengungkai kisah sebenar di’sebalik imej baru beliau.

Menurut Jojie, kenyataan akhbar Ramadhan lalu yang mengatakan beliau hanya bertudung atau berhijab ketika bulan puasa adalah tidak benar kerana beliau sudah melaksanakan’nya sejak sebelum datangnya Ramadhan.

Jojie juga berkata niat di’dalam hati untuk mengenakan tudung telah lama wujud namun kekuatan itu belum ada sehinggalah suatu hari beliau merasakan sudah sampai masa untuk niat di’laksanakan.

Alhamdulillah perubahan Jojie kekal sehingga ke hari ini dan beliau tidak berniat untuk berubah kembali ke imej asal kerana selesa dengan apa yang beliau ada sekarang.

Tonton video temubual ringkas yang sempat kami rakamkan dalam pertemuan tersebut — ada jawapan Jojie kepada soalan cepumas tentang jodoh & nyanyian live Ella. Enjoice! Teruskan Membaca

Filem Minggu Ini: What’s Your Number?

Sebenarnya, ada dua buah filem Hollywood yang kami tonton minggu lepas & pembukaan’nya serentak 13 Oktober ini.

Mari kita mulakan entri pertama review filem ganda dua minggu ini untuk filem What’s Your Number?, kemudian kita akan bercakap tentang Real Steel.

What’s Your Number? merupakan sebuah filem bertemakan romantik komedi yang agak santai untuk anda tonton di’rumah bersama keluarga dengan memainkan DVD.

Jika kami katakan anda lebih selesa menonton filem ini di’rumah, percayalah yang komedi ini terlalu ringan untuk ia’nya berbaloi untuk kita mengheret diri ke panggung wayang.

Tunjang utama filem ini Anna Faris & Chris Evans, sememangnya tidak di’ragui mutu lakonan mereka namun yang menjadi perhatian kami dalam filem ini ialah jalan cerita yang cliche seperti pilihanraya Malaysia.

Kisah rakan yang di’akhirnya menjadi kekasih hati ini selalu di’mainkan di Hollywood sejak akhir ini — lihat sahaja Friends With Benefits & No String Attached. Teruskan Membaca