Gagal Hadiri Rockaway 2011, Dashboard Confessional Live in Malaysia Februari Ini

Siapa pergi Rockaway 2011 semalam yang berlangsung di sekitar Stadium Nasional Bukit Jalil? Kami tidak kerana sibuk mengulit selimut dan rasa terlalu tua untuk berparti rock and roll.

Pada awalnya, Dashboard Confessional & SUM 41 adalah antara rock band yang di’katakan akan muncul membuat persembahan di Rockaway 2011 namun kedua dua menarik diri atas alasan tersendiri.

Namun pihak penganjur, Livescape berjanji beberapa minggu yang lalu bahawa mereka akan lakukan sesuatu buat peminat Dashboard Confessional yang kecewa akan kegagalan mereka untuk datang bertandang.

Hasilnya, malam tadi Junk Online melalui Twitter mereka mengumumkan berita baik untuk semua yang ingin menyaksikan Dashboard Confessional secara live — mereka akan datang 22 Februari 2012.

Sebarang maklumat lanjut tentang lokasi konsert, penjualan tiket akan kami update‘kan secepat mungkin untuk anda semua. Teruskan Membaca

Gossip: Nur Fathia Sombong Dengan Media, Jadi Rebutan Lelaki Hidung Belang

Ini sebenarnya entri dua dalam satu — pengalaman yang di’ceritakan kepada kami & petikan akhbar hari ini.

Pertama sekali tentang gossip yang mengatakan Nur Fathia ini sombong orangnya.

Al-kisah ketika majlis pra tonton filem pertama beliau, Al-Hijab ada wartawan yang kurang senang dengan cara gadis ini membawa diri.

Mungkin ini kali pertama beliau terlibat dengan majlis pra tonton filem, Nur Fathia di’katakan endah tidak endah dengan sapaan wartawan hiburan yang datang menyaksikan filem Al-Hijab.

Salah seorang rakan kami yang bekerja di belakang tabir penerbitan rancangan TV berkata setelah di’minta untuk di’temubual di’hadapan kamera barulah gadis berusia 24 tahun ini tersenyum manis melayan pertanyaan beliau.

Tentang menjadi rebutan lelaki hidung belang, Nur Fathia hari ini mengakui melalui Utusan Malaysia yang beliau di’himpit golongan yang berada selepas bergelar selebriti. Teruskan Membaca

Drama Bersiri Nur Kasih Ditayangkan Buat Kali Kedua Di Indonesia

Siapa kata Malaysia tidak mampu hasilkan sinetron yang menyentuh hati peminat hiburan di Indonesia.

Nur Kasih yang pernah mencipta fenomena luar biasa di’Malaysia tidak lama dahulu kini membawa aura yang sama ke tanah negara jiran, Indonesia.

Kami mengetahui perkara ini apabila Tiz Zaqyah memaklumkan kepada para peminat beliau melalui Facebook semalam & kami dengan slowpoke mencari sumber sahih dari portal berita Indonesia.

Menurut laporan, kali pertama Nur Kasih di’tayangkan di Indonesia dalah ketika bulan Ramadhan yang lalu namun atas permintaan, ‘sinetron unggul’ Malaysia ini di’tayangkan sekali lagi pertengahan September lalu.

Laporan juga turut menyebut Nur Kasih di’sifatkan mempunyai sinematografi yang setaraf dengan filem selain mempunyai jalan cerita yang penuh inspirasi buat penonton saluran B Channel.

Selepas ini, mungkin ada peluang giliran Nur Kasih The Movie menjengah pasaran Indonesia. Mungkinkah juga nama Tiz Zaqyah selepas ini bakal terbang ke Indonesia bersama populariti sinetron Nur Kasih? Kita tunggu dan lihat.

AC Mizal Kini Kembali, Kali Ini Dengan Rangkaian Kedai Serbaneka

Bukanlah AC Mizal pernah menghilang kemana mana tetapi ini adalah kembali’nya AC Mizal ke dalam bidang perniagaan dengan model yang baru — kedai serbaneka.

Ya adik adik & abang abang sekalin, AC Mizal cuba untuk jadikan franchise kedai serbaneka seperti sebuah perniagaan MLM yang pernah beliau pelopori dahulu.

Selepas isu perniagaan gelang magnetik beliau tidak selesai sehingga hari ini, AC Mizal nampak tidak serik untuk memulakan perniagaan baru — usaha & sifat yang perlu mendapat kredit sewajarnya.

Kini bersama AC Living Large, AC Mizal membuka satu cabang perniagaan lain dengan memperkenalkan pakej untuk rakan niaga membuka kedai serbaneka yang di’beri nama M7.

Tetapi yang menariknya, AC Mizal dengan aktif mencari rakan perniagaan baru untuk melabur dalam perniagaan kedai serbaneka beliau melalui Twitter.

Ini termasuk tindakan bertanya melalui Twitter kepada nama nama besar seperti Amy Search, Afdlin Shauki & Saiful Apek.

Wahai AC Mizal, perniagaan anda nilai berjuta, angkat telefon tanya khabar, ajak minum kopi mahal baru sembang isu niaga. Ini melalui Twitter, nampak cheap!

Untuk anda yang berminat untuk menyertai perniagaan baru AC Mizal ini, pandai pandai’lah cari nombor untuk di’hubungi. Dan, selamat maju jaya. Jangan lupa gadai tanah pusaka. Peace out!

Sony Pictures Berjaya Beli Hak Terbitkan Filem Biografi Steve Jobs

Seperti semua yang kita tahu, Steve Jobs yang merupakan pengasas Apple dan minda di’sebalik produk terbaik dunia seperti Macbook, iMac, iPhone, iPod & iPad telah meninggalkan kita semua.

Kehilangan Steve Jobs memang terasa lebih lebih lagi laman web yang anda lihat saban hari ini di’jana oleh komputer keluaran Apple dan kami di’sini peminat besar beliau.

Sehingga ke hari ini, dunia masih memperkatakan tentang kehilangan Steve Jobs dan tidak sampai seminggu, Sony Pictures di’katakan telah merancang untuk menerbitkan sebuah filem biografi khas untuk Steve Jobs.

Filem biografi yang belum bertajuk ini akan mengambil jalan cerita dari buku biografi rasmi Steve Jobs yang masih belum keluar tulisan Walter Isaacson.

Sejak kematian Steve Jobs, tempahan awal buku ini di Amazon meningkat lebih 40,000%. Buku yang di’jangka akan keluar sekitar 2012 ini telah di’anjakkan tarikhnya ke hujung tahun ini.

Sony Pictures sejak kebelakangan ini bagai sudah menemui formula untuk menjadikan sebuah filem berdasarkan buku untuk laris — The Social Network & Moneyball sebagai contoh.

Persoalan seterusnya, siapakah yang layak untuk membawa watak Steve Jobs dalam filem biografi beliau ini nanti? Teruskan Membaca