Maya Karin Temui Kekasih Baru Di Perancis, Simpan Impian Miliki Keluarga Sempurna

Nampaknya lelaki lelaki Melayu kita masih belum mempunyai peluang untuk memikat hati si jelita Maya Karin.

Maya Karin berada di Paris, Perancis selama empat hari untuk menjalani penggambaran program televisyen Travelog AirAsia di’mana beliau menjadi selebriti jemputan.

Tanpa di’duga, kunjungan singkat ke kota penuh romantik itu membuahkan perkenalan Maya Karin dengan seorang pemuda Perancis beragama Islam.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Maya Karin di’katakan enggan mengulas lanjut tentang hubungan beliau bersama pemuda Perancis ini tetapi mengakui ada hubungan antara mereka berdua.

Satu insiden di Perancis telah menguatkan hasrat Maya Karin untuk memiliki anak & keluarga yang sempurna apabila aktress jelita ini terlihat sepasang suami isteri menyorong kereta sorong dan di dalamnya ada seorang bayi berusia setahun.

“Saya harap satu hari nanti saya akan jadi seperti mereka, bahagia dan mempunyai anak,” ujar Maya Karin.

Kami di’sini sentiasa mendoakan kebahagiaan Maya Karin. Bila mahu bawa pulang kekasih baru?

PENDAPAT: Industri Perfileman Malaysia Dari Kaca Mata David Teo

Ini merupakan sebuah artikel dari penulis jemputan, Syafiq Roos yang merupakan seorang wartawan hiburan dari sebuah akhbar utama di Malaysia.

Bercakap mengenai industri perfileman tanah air, pasti ramai akan terpikirkan taukeh MIG ni.

Untuk pengetahuan semua, lambakan filem keluaran MIG akan sentiasa memenuhi pawagam sepanjang tahun ini sehinggalah pada tahun depan.

Jangan tak percaya, MIG telah menjadualkan setiap 2 filemnya akan ditayangkan dalam masa sebulan untuk sepanjang tahun 2012.

Namun mereka akan berehat sebulan pada Oktober (Oktober atau November, tak ingat) ini setelah berhempas pulas memungut duit kamu semua melalui kutipan filem mereka yang untung juta-juta. Teruskan Membaca

Gambar & Video: Olivia Jensen Bercakap Tentang Filem & Kamal Adli

Seingat kami, ini merupakan kali pertama kami bertemu mata dengan seorang pelakon bintang dari tanah seberang Indonesia.

Jumaat yang lalu, kami ke FINAS untuk menyaksikan proses dubbing terakhir filem terbaru Ahmad Idham berjudul Gerimis Mengundang.

Filem ini merupakan kerjasama antara dua negara Malaysia & Indonesia yang mana kita semua di’wakili oleh Excellent Pictures dan ERAMA Creative Sdn Bhd dan sebuah produksi dari Indonesia, Wanna-B Pictures.

Gerimis Mengundang bukan sahaja kerjasama dua negara tetapi juga menampilkan hero & heroin dari negara masing masing — Kamal Adli & Olivia Lubis Jensen.

Filem yang menjalani penggambaran 100% di Sabah ini sudah hampir siap dan proses dubbing ketika artikel ini di’tulis sudah pun berjaya di’habiskan.

Menurut Olivia Jensen, ini merupakan pertama kali dalam karier beliau di’mana proses dubbing di’lakukan untuk seluruh filem kerana di Indonesia dubbing hanya untuk memperbaiki kualiti audio dalam sesetengah bahagian.

Filem Gerimis Mengundang akan menemui penonton di Malaysia & Indonesia secara serentak pada Mac 2012 ini. Sementara itu, layankan video temubual eksklusif kami bersama Olivia Jensen. Enjoice! Teruskan Membaca

Azwan Ali Gelar Ibu Bapa Wakil Media Sebagai Sampah Sarap Di Twitter

Perkara bukan’lah sesuatu yang mengejutkan ramai pihak kami rasa, tetapi kali ini agak melampau pada hemat kami.

Kami bukan mahu menyebelahi mana mana pihak tetapi jika ada timbul rasa tidak puas hati sesama kita, jangan libatkan ibu bapa — lebih lebih lagi berkata buruk tentang mereka.

Tetapi prinsip ini nampaknya tidak di’kongsi sama oleh selebriti penuh kontroversi murahan, Azwan Ali yang sejak menyertai Twitter sering meroyan ke’atas sesiapa sahaja.

Kami sedang menikmati makan malam tadi apabila mesej dari seorang rakan media kami terima bercerita tentang perihal Azwan Ali di Twitter.

Rakan kami ini sebenarnya tidak berkata apa pun kepada Azwan Ali selain melayan luahan seorang lagi rakan di Twitter yang berkata sudah tidak berkenan dengan gaya & cara Azwan Ali sekarang ini.

Alih alih, Azwan Ali menulis sesuatu di Twitter dengan melibatkan nama beliau dan memanggil ibu bapa mereka sebagai sampah sarap. Azwan Ali yang masih belum mampu berubah. Hmm. Teruskan Membaca

Video: Siti Nurhaliza Lancarkan Video Klip Rasmi Falling In Love

Beberapa hari lalu, ada dengar dengar mengatakan video klip rasmi terbaru Siti Nurhaliza telah bocor ke’internet untuk beberapa jam sebelum di’tarik balik.

Hari ini, video klip rasmi untuk single Falling In Love sekali lagi kelihatan tetapi kali ini versi penuh dan bukan dari akaun rasmi Youtube Siti Nurhaliza, Siti Digital.

Video muzik yang berlatarbelakangkan pusat membeli belah untuk orang orang kaya Malaysia, Pavilion ini berkonsepkan santai & menampilkan ratusan penari professional.

Kami juga tidak pasti sama ada ini merupakan pelancaran rasmi video muzik ini atau seseorang dalam produksi Siti Nurhaliza membocorkan ke internet lebih awal.

Kami sempat berada di lokasi penggambaran video muzik ini sekitar pertengahan September lalu & tidak sangka sebulan selepas ianya di’rakamkan, produksi sudah berjaya membawakan versi penuh ke Youtube. Teruskan Membaca