Lama sudah sebenarnya kami teringin nak dengar orang dari latarbelakang ekonomi bercakap tentang habit orang Malaysia yang gemarkan program realiti TV.
Hari ini, hero kami, Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin bersuara.
Menurut beliau, segala program TV yang berunsurkan undi dari penonton melalui SMS perlu dihentikan segera kerana menggalakkan pembaziran.
“Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan”
Kami rasa pun sudah sampai masa orang Malaysia lebih sayangkan duit dari bakat baru yang belum tentu ke’mana.
Duit zaman sekarang bukan senang hendak di’cari. Tapi, mintalah sesiapa pun untuk belanjakan, RM1 juta pun boleh rata dalam 24 jam.



Pendapat saya, memang membazir pun undian sms ini. mak mertua saya sanggup menghabiskan top upnya sebyk rm30 utk mengundi. bila ada emergency hp takde kredit. sepupu2 saya yg kecil pun sama.sehinggakan sangup tak makan di sekolah gara2 nak menabung beli top up.
melabur pada yg tak perlu. klu duit tu simpan utk masa depan lg bagus.
artis yg diundi tue pun belum tentu kenal kita or akan ingat kita sampai mati….
akademi fantasia patut dihentikan kerana AF ni laknaktullah…semua yg antar anak ke AF ni umpama antar anak bini ke neraka. sepatut nye kita ngangis kerana banyak dosa ini kerana terpaksa kuar dr AF..bg sesiapa yg nak masuk AF …niat batal kan jer…fikir dan renung kan lah..