fbpx

Nurul & Suami Dikritik Kerana Namakan Anak Raphael

Ramai yang sudah tahu mengenai nama anak kedua Nurul Wahab iaitu Raphael namun dalam masa yang sama ramai juga peminat dan individu lain yang tidak bersetuju dengan nama tersebut.

BACA: Nurul Wahab Selamat Lahirkan Anak Kedua

“Nama Raphael diambil daripada bahasa Hebrew yang bermaksud Israfil iaitu malaikat peniup sangkakala ketika tibanya hari kiamat. Selain itu, Raphael juga bermaksud penyembuh. Justeru tidak timbul soal dia sengaja memilih nama Barat”

“Setelah saya mengumumkan nama Raphael, saya mendapat banyak teguran. Malah ada juga yang mengkritik saya sebagai mat saleh celup gara-gara nama anak”

“Sedangkan saya sudah bertanyakan kepada beberapa orang alim sebelum memberikan nama itu kepada anak saya,” ujarnya kepada Utusan.

Apa yang penting sebenarnya ialah Nurul dapat membesarkan Raphael dengan didikan yang sempurna dan cukup kasih sayang. Kami percaya ramai peminat Nurul di luar sana yang sentiasa mendoakan kebahagiaan keluarga ini. (rtky/syfq)