fbpx

Nur Fathia Nafi Kini Renggang Dengan Aiman

Maklumlah lumrah bercinta, mana ada yang lancar setiap masa. Tidak terkecuali pasangan Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza yang sebenarnya sejak awal dikhabarkan bercinta sehingga kini pasti ada sahaja khabar angin yang terpalit.

BACA: Nur Fathia Nafi Buat Perangai Di London, Hanya Tuntut Hak

Baru baru ini, Aiman khabarnya telah bertindak menengking Nur Fathia di khalayak ramai selepas ada terbaca satu komen peminat di internet tentang mereka berdua.

Nur Fathia yang ditemui media baru baru ini menafikan yang komen peminat itu ada menjejaskan hubungan mereka berdua selain turut menafikan yang Aiman ada memarahi beliau di hadapan orang ramai seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yang menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar,” jelasnya.

“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami,” tambah Nur Fathia lagi yang ditemui di majlis anjuran Pantene. (rtky/m)