fbpx

Nubhan Pilih Amsterdam Destinasi Bulan Madu

Tahniah kepada Nubhan kerana baru sahaja bergelar suami kepada Afifah Hidayah semalam dan jika anda ingin tahu, mereka merancang untuk berbulan madu dan juga bercuti ke Amsterdam, Belanda tidak lama lagi.

BACA: Nubhan Dan Afifah Selamat Bergelar Suami Isteri

Menurut Nubhan, mereka akan ke destinasi tersebut pada awal September ini sebaik sahaja iste­rinya pulang dari Mesir untuk menguruskan hal pembelajarannya dalam masa terdekat ini.

“Afifah masih lagi belajar dalam bidang perubatan di Mesir dan akan tamat pengajian pada Jun 2016. Sekarang dia bercuti dan semester baharu akan bermula peng­hujung September. Jadi kami akan gunakan kesempatan yang ada untuk bercuti dan berbulan madu ke Amsterdam”

“Destinasi itu dipilih ke­rana panoramanya yang cantik dengan seni bina bangunan yang menarik,” kata Nubhan kepada Utusan Malaysia. Semoga perjalanan percutian pasangan ini nanti akan dipermudahkan. Kami kongsikan beberapa lagi gambar sepanjang majlis pernikahan berlangsung semalam. Enjoice!

GAMBAR IHSAN: MHM STUDIO