fbpx

Nubhan Bakal Nikah Pilihan Hati Ogos Depan

Tahniah kepada penyanyi Nubhan kerana akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Ogos depan bersama pilihan hatinya yang juga merupakan seorang doktor gigi, Aiffah Hidayah di dalam satu majlis yang akan diadakan di Seremban.

BACA: Nubhan Bakal Jutawan Muda

“Alhamdulillah, selepas lebih 10 bulan mengikat tali pertunangan kami memilih untuk disatukan pada tarikh 29 Ogos iaitu pada hari Sabtu di Seremban. Setakat ini tetamu dianggarkan 2,000 orang termasuk keluarga, rakan-rakan terdekat, pihak media dan kenalan yang mengenali saya”

“Saya dan keluarga buat sendiri perkahwinan ini, memang pada asalnya kami ambil perunding perkahwinan tetapi banyak sangat hal, jadi saya buat sendiri sahaja. Penaja pun banyak yang saya terpaksa tolak kerana susah nak berurusan”

“Saya tidak kisah sangat siapa yang ingin menaja perkahwinan saya tetapi biarlah orang itu ikhlas dan tidak banyak masalah,” ujarnya kepada mStar Online selain mengakui ada nama besar yang ingin menajanya namun agak susah untuk berurusan.

Nubhan mengikat tali pertunangan dengan Afifah Hidayah dalam satu majlis di kediaman wanita itu pada 7 Oktober 2014. Apa pun, semiga majlis pernikahan nanti akan berlangsung dengan jayanya selain dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)