fbpx

Norman Hakim, Isteri Selamat Timang Anak Lelaki Kedua

Tahniah kami ucapkan kepada Norman Hakim dan juga isteri, Memey Suhaiza yang sudah pun selamat menyambut kelahiran cahaya mata lelaki kedua mereka seberat 3.45 kilogram, semalam (8 April) pada pukul 9.57 malam.

BACA: Memey Suhaiza Sudah Pilih Nama Untuk Anak Kedua

Norman Hakim, Memey Selamat Timang Anak Lelaki Kedua - ROTIKAYA

Berita gembira tersebut dikongsikan bersama oleh Norman Hakim melalui akaun Instagram miliknya dan mendapat reaksi positif daripada peminat dengan kelahiran cahaya mata kedua pasangan ini. Norman dan Memey juga dikurniakan anak lelaki sebelum ini yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim.

Sebelum ini, Memey pernah memberitahu bahawa dia sudah pun menyediakan nama untuk anak kedua mereka ketika kandungan masih berusia 4 bulan lagi. Seronoklah Norman selepas ini kerana nanti ada dua orang jejaka boleh teman pergi gym selalu. (rtky/s)