fbpx

Norman Hakim Buat Kejutan Manis Sempena Birthday Isteri

Siapa sangka, sambutan hari lahir Memey Suhaiza kali ini sungguh meriah dengan kehadiran insan tercinta serta kenalan rapat. Majlis yang diaturkan oleh Norman Hakim itu sememangnya mampu membuatkan mana-mana isteri menitiskan air mata terharu.

BACA: Memey Suhaiza Sudah Pilih Nama Untuk Anak Kedua

Norman Hakim Buat Kejutan Manis Sempena Birthday Isteri - ROTIKAYA_001

Malah Norman juga turut menjemput Fynn Jamal dan juga Ella kerana isterinya itu sangat meminati dua figura ini dan apa lagi, menangislah Memey sebaik melihat kejutan yang diberikan oleh Norman. Sweet sungguh bukan dapat suami seperti Norman.

Apa-apa pun, kami doakan agar pasangan ini sentiasa bahagia dan yang paling penting, utamakan ikatan kekeluargaan yang kuat. Sebelum ini, pada Januari lalu, Memey terlebih dahulu telah membuat kejutan pada hari lahir Norman. Kita tunggu apa pula kejutan untuk tahun hadapan. (rtky/syfq)