fbpx

Nora Danish Wanita Idaman Anuar Zain & Konsert Solo Februari 2013

Nora Danish Wanita Idaman Anuar Zain & Konsert Solo Februari 2013Bukan selalu kita boleh dengar Anuar Zain bercakap soal peribadi beliau, lebih lebih lagi perspekstif penyanyi ini dalam mencari teman hidup untuk masa hadapan.

Bercakap kepada media ketika majlis pelancaran video muzik Ajari Aku, Anuar Zain mengakui yang Nora Danish memiliki ciri ciri wanita idaman beliau untuk di’jadikan isteri.

“Nora Danish memiliki wajah dalam kriteria wanita idaman saya yang feminin dan lembut. Saya tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan beliau,” ujar Anuar Zain.

Namun menurut Anuar Zain, hubungan beliau kini dengan Nora Danish tidak lebih dari sekadar rakan kerja dan masing masing lebih sibuk dengan hal peribadi sendiri ketika ini.

Dalam majlis sama, Anuar Zain umumkan bakal mengadakan sebuah konsert solo buat pertama kali selepas 30 tahun karier pada 16 Februari 2013 di Stadium Putra, Bukit Jalil.

“Saya sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menganjurkan konsert solo buat semua peminat namun ketiadaan penaja menjadi penghalang — kali ini saya bergerak sendiri”

Konsert yang di’beri nama Anuar Zain: Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari adalah kerjasama antara syarikat Anuar Zain & Universal Music. Tiket tiket ke konsert solo pertama Anuar Zain ini boleh di’dapati bermula pada 12 Disember 2012 melalui Ticket Charge. Harga: TBA