fbpx

Nora Danish Tidak Mahu Hantaran Kahwin

Berkali-kali memaklumkan dirinya bakal berkahwin, pada tahun ini Nora Danish sekali lagi berharap dapat bernikah dengan kekasih hatinya, Nedim Nazri. Bagaimanapun buat perkahwinan kali kedua ini, Nora sebolehnya enggan melangsungkannya secara besaran, tiada majlis pertunangan mahupun wang hantaran dan cukup sekadar akad nikah.

BACA: Nora Danish Cuba Nasib Jadi Penyanyi

“Insya-Allah kami merancang berkahwin pada tahun ini. Cuma, saya tidak mahu memaklumkan tarikhnya kerana bimbang tak jadi nanti. Siapa yang tidak mahu berkahwin. Sudah sendiri sudah bertahun-tahun mengatakan ingin berkahwin. Kalau semuanya dipermudahkan, saya hanya mahu majlis akad nikah yang diadakan di rumah secara kecil-kecilan”

“Kalau boleh, kali ini saya tidak mahu bertunang pun, wang hantaran juga takkan ada. Cukup buat yang wajib, iaitu nikah saja,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai hasratnya untuk tidak melangsungkan majlis perkahwinan besar-besaran untuk kali kedua.

Menyedari ramai yang menggesa dirinya untuk berkahwin, namun Nora masih berteka-teki dengan tarikh perkahwinannya dan sering mengatakan masih didalam perancangan. Sebelum ini, Nora juga pernah menyatakan dirinya akan berkahwin dalam masa yang terdekat, tetapi sehingga kini nampaknya pasangan ini masih tidak mengumumkan apa-apa. (rkty/w)