fbpx

Nora Danish Sedia Untuk Kahwin Dengan Nedim

Berikutan dengan khabar angin yang mendakwa Nora Danish sebagai punca keretakan rumah tangga Jejai dan juga Fasha Sandha, pelakon ini menjelaskan bahawa dia sudah bersedia untuk berkahwin ia dapat menyelesaikan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

BACA: Nora Danish Nafi Jadi Punca Keretakan Rumah Tangga Fasha Sandha, Jejai

“Susah apabila timbul isu–isu begini apabila nama Nora dikaitkan lagi. Sedangkan Nora sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan bekas suami, kecuali anak kami iaitu Putera Rayqal Ramli”

“Mungkin dengan berkahwin, nama Nora tidak lagi terpalit dengan kontroversi begini. Tetapi dengan siapa Nora tidak tahu. Ini kerana jodoh Allah yang tentukan. Kalau jodoh Nora kuat dengan beliau (Nedim), Nora terima kerana sikap beliau membuatkan Nora senang berkawan,” jelasnya kepada Berita Harian.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh Nora bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, pastinya ia satu perkara yang paling dinantikan oleh peminatnya dan juga Nedim. Semoga semuanya berjalan lancar sahaja nanti. (rtky/s)