fbpx

Nora Danish Idam Anugerah

Wajah Nora Danish mungkin sudah puas anda tatap di skrin lebar mahupun televisyen sepanjang 10 tahun penglibatan beliau dalam dunia hiburan namun ramai tidak sedar yang pelakon wanita ini tidak pernah meraih sebarang anugerah mengiktiraf bakat lakonannya.

BACA: Nora Danish Nafi Hubungan Dengan Nedim Nazri Kini Retak

“Saya rasa semua pelakon mempunyai impian yang sama. Tipulah jika tak mahu anugerah. Selama 10 tahun jadi pelakon, saya mengidam untuk terima anugerah kerana kualiti lakonan saya”

“Ya, dahulu saya mengaku tidak diberi kepercayaan untuk watak yang berat, tetapi hari ini senario kini telah berubah. Saya juga berusaha keras untuk memperbaiki mutu lakonan bukan sekadar jual wajah. Tidak kisah anugerah apa sekali pun asalkan ia mengiktiraf bakat lakonan saya,” jelas Nora Danish kepada Kosmo! baru baru ini.

Beliau turut mengakui semenjak berada di bawah pengurusan Metrowealth (MIG), beliau kini sering diberikan watak yang lebih serius dan berat dalam lakonannya.

“Saya kira, itu satu pencapaian yang baik sepanjang 10 tahun dalam industri seni. Jika boleh, saya mahu lakukan yang lebih baik dalam lakonan kerana peminat hari ini bijak menilai. Jika kita mahu bertahan lama, kualiti lakonan harus dijaga,” tambahnya. (rtky/m)