fbpx

Nora Danish Emosi Di Pagi Raya Kerana Bekas Isteri Nedim?

Sepatutnya hari raya menjadi medan untuk bermaaf-maafan namun melalui hasil risikan daripada Instagram Miss_Kepoh, pasangan Nedim dan juga Nora Danish dikatakan berbalah di laman media sosial namun Nora akhirnya memadam gambar yang dimuatnaik di Instagram.

BACA: Nedim: Saya Dibayar Dengan Kasih Sayang Nora Danish

Nora Danish Emosi Di Pagi Raya Kerana Bekas Isteri Nedim? - ROTIKAYA

Perkara tersebut bermula apabila bekas isteri Nedim memuatnaik gambar berupa ayat di Instagram yang mungkin mengguris perasaan Nora. Pelakon itu kemudiannya membalas kembali apa didakwa ditujukan kepadanya sebelum memadam kembali gambar tersebut.

Nedim juga sempat bersuara dan menyokong Nora Danish selain menafikan dakwaan bekas isterinya itu terhadap kekasih hatinya. Drama sungguh di pagi raya. Apa-apa pun, semoga mereka bijak menghadapi situasi ini dan lebih dewasa untuk mengendalikan perkara sebegini. (rtky/s)