fbpx

Nora Danish Cuba Nasib Jadi Penyanyi

Terkenal dengan bidang lakonan yang diceburinya lebih sedekad lalu, kini Nora Danish ingin mencuba nasib untuk menjadi penyanyi pula. Pernah juga sekali sekali melihat Nora berjenaka di laman Instagram bernyanyi bersama rakan artis namun kali ini nampaknya lagu Ini Lagi Boom, kolaborasinya bersama penyanyi rap, Waris ternyata menjadi realiti.

BACA: Nora Danish, Ayda Jebat Letih Kena Kutuk

Lagu berkenaan sekaligus mendapat kerjasama daripada dua syarikat muzik tempatan, KRU dan Mixology Music yang pasti akan mempamerkan kelainan kerana menampilkan seorang pelakon yang tidak pernah menyanyi. Namun bagi Ketua Pegawai Eksekutif KRU Music, Datuk Norman Abdul Halim, ini merupakan suatu dimensi baru buat kerjaya seni mereka.

Sementara itu, DJ Fuzz selaku peneraju Mixology Music berkata, lagu yang dihasilkan oleh beliau, Waris dan Aziquebeats itu bakal menepati cita rasa penggemar muzik tempatan yang mendengarnya. Apapun bagi peminat Nora khususnya pasti tidak sabar ingin mendengar penyanyi kesayangan mereka menyanyi, pasti sedap suara Nora ni. (rkty/w)