fbpx

Nora Danish, Ayda Jebat Letih Kena Kutuk

Biarpun bergelar selebriti ia bukanlah tiket untuk mereka menerima apa sahaja kritikan mahupun hinaan peminat. Bermula dengan suara lantang mengenai pengecualian cukai pendapatan, Nora Danish teruk dihentam peminat yang tidak bersetuju dengannya. Manakala Ayda Jebat pula dibenci hanya kerana bersikap peramah dan disalah tafsirkan sebagai gedik.

BACA: Nora Danish Perjelas Rekaan Pelik Tudung

“Macam-macam saya kena sebelum ini. Apa saja yang orang tak kutuk saya di laman sosial. Tapi semua itu saya biarkan saja. Bagaimanapun, apabila kenyataan saya mengenai isu cukai pendapatan diputarbelitkan sehingga saya dikecam teruk, saya sudah tidak mampu bersabar lagi”

“Setiap kali bila berada di khayalak, banyak mata memandang ke arah saya seolah-olah saya melakukan kesalahan besar. Ia sangat memalukan saya. Disebabkan itu saya mengambil keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memberi pengajaran”

Sementara itu bagi Ayda, walaupun tindakannya menyekat sesetengah peminat yang sering menghentamnya tanpa sebab dilihat seperti kejam namun ianya demi kepentingan peminat yang menyayanginya. Malah tindakan itu juga dibuat kerana tidak mahu menimbulkan perselisihan faham di kalangan peminatnya yang mempunyai perbezaan pendapat mengenai sesuatu.

“Walaupun ada yang berpesan supaya abaikan saja komen negatif di laman sosial tapi kadang-kadang, saya baca. Jika komen yang ditinggalkan bersifat membina, saya terima. Tapi kalau berbentuk maki hamun saya akan padam dan sekat orang itu kerana saya tak mahu pengikut saya bergaduh apabila mereka cuba mempertahankan pendirian,” katanya kepada Berita Harian Plus

Meskipun mereka ini mendukung gelaran selebriti namun mereka juga hanyalah manusia biasa yang punya perasaan. Manakan tidak tergurusi hati jika apa sahaja yang dilakukan pasti akan dihakimi dengan sewenangnya. Buat Nora dan Ayda, diharap mereka akan terus kuat, kejayaan tidak akan bergolek dengan senangnya tanpa cabaran yang mendatang. (rkty/w)