fbpx

Noorkumalasari Nafikan Anita Sarawak Cerai

Nama Anita Sarawak kembali menjadi sebutan baru baru ini selepas setelah lama menghilang tanpa khabar berita selain ada khabar angin mengatakan yang beliau kini sudah berpisah dengan suaminya, Mahathir Abdullah dan kembali menyanyi di Las Vegas.

Adik penyanyi itu Noorkumalasari berkata, Anita Sarawak memberitahunya berita berkenaan adalah fitnah semata-mata dalam satu panggilan telefon kira kira dua bulan yang lalu dan khabar angin ini bukan satu perkara baru.

BACA: Anita Sarawak Kini Berpisah Dengan Mahathir, Kembali Menyanyi Di Vegas?

“Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar”

Noorkumalasari Nafikan Anita Sarawak Cerai - ROTIKAYA

“Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya,” ujar Noorkumalasari kepada mStar Online.

Beliau turut menambah yang Anita Sarawak tidak bercadang untuk kembali ke Malaysia dalam masa terdekat kerana selesa menjalani kehidupan di Las Vegas dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa ketika ini. (rtky/m)