fbpx

Noor Dayana Selamat Lahir Anak Pertama

Tahniah kami ucapkan kepada Ashraf Muslim dan juga isteri pertamanya, Noor Dayana sekeluarga kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama semalam. Berita gembira tersebut disampaikan oleh bapa Dayana, Haji Lokman Abdul Hamid melalui akan Facebook.

BACA: Dayana Terasa Hati Madu Hamil Lagi?

Noor Dayana Selamat Lahir Anak Pertama

“Kami sekeluarga sujud syukur kepada Allah SWT atas kelahiran permata hati yang baru. Petang tadi anak saya, Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy, 2.85 kg. Tahniah kepada Dayana dan Ashraf”

“Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kpd Allah SWT atas kelahiran cucu yang kedua ini. Ameen ameen ameen,” luah bapanya penuh rasa gembira dan syukur di laman sosial tersebut.

Kelahiran bayi ini merupakan anak pertama bagi Dayana bersama Ashraf. Ashraf sebelum ini mempunyai dua orang anak dengan isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi. Semoga keluarga ini akan terus disinari cahaya kebahagiaan dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)