fbpx

NGO Saran Hospital Timbang Semula Taja Rozita Che Wan

Seperti sebelum ini ketika majlis perkahwinan mereka mendapat tajaan bernilai jutaan ringgit, ianya sekali lagi menjadi perhatian ramai termasuklah badan NGO apabila pihak Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri mahu menaja pakej bersalin Rozita Che Wan kelak.

BACA: Hospital Bakal Taja Kos Bersalin Kelas Pertama Rozita Che Wan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor meminta hospital tersebut supaya mengkaji semula tajaan bersalin kepada pelakon jelita Rozita Che Wan. Penyelarasnya, Hadzril Rizal berkata ia memandangkan artis itu berkemampuan membiayai sendiri urusan bersalin.

“Apakah asas KPJ benarkan pengurusan Ampang Puteri untuk memberikan tajaan ini? sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ”

”Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang,“ ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Beliau turut menyebut yang pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal menikmati laba besar hasil daripada penjualan hak eksklusif gambar bayi mereka nanti kepada pihak Astro.

“Mencari populariti juga bukan dengan bermaksud menaja sekelompok artis yang kaya raya sebaliknya memberikan insentif dan limpahan nikmat dunia perubatan moden kepada seluruh anak negeri Johor,” tambahnya lagi.

Hadzril juga menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN). (rtky/m)