fbpx

Neelofa Terus Berdiam Diri Isu Kahwin Kerabat Diraja

Kontroversi yang melibatkan pengacara dan pelakon Neelofa yang bakal berkahwin dengan kerabat diraja nampaknya semakin merunsingkan apabila dia tidak mahu memberikan kenyataan langsung berhubung dengan perkara itu.

BACA: Neelofa Nafi Bakal Tinggalkan Dunia Hiburan Selepas Berhijab

Ketika ditemui semasa tamat majlis program 1Malaysia Ikon di Sunway Hotel Resort & Spa hari ini. Neelofa yang dikejar beberapa media, terus sahaja ke pintu lif sambil tersenyum dan hanya mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ kepada mereka yang mengerumuninya.

Bercakap kepada Astro Awani sebelum ini, Neelofa mendedahkan yang beliau tidak akan membuat sebarang kenyataan sehingga September depan untuk berlaku adil dengan pihak media lain.

Kemungkinan selepas ini akan ada sidang media khas untuk menjernihkan kemelut yang dihadapi oleh pengacara dan pelakon ini. Sama-sama kita nantikan. (rtky/hfz)