fbpx

Neelofa Terkejut Menang Pengacara TV Paling Popular Di ABPBH 2013

Sebenarnya kita sendiri boleh melihat yang selebriti ini lebih menyerlah bakatnya dalam bidang pengacaraan berbanding lakonan.

Dan kini makin jelas terbukti apabila malam tadi, Neelofa amat terkejut saat namanya diumum sebagai pemenang bagi kategori Pengacara TV Wanita Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular BH 2013 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC)

Tambah Neeofa, sejak hari pertama melibatkan diri dalam bidang seni dia sebetulnya hendak serius ke arah pengacaraan. Namun rezeki datang tanpa diduga. Kerana semangat untuk sentiasa mencuba sesuatu yang baru, dia menerima sahaja tawaran lain yang datang.

BACA: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular BH 2013

“Sejak awal Lofa masuk dalam industri, jiwa ni lebih kepada pengacaraan,” terang Neelofa.

Menurut Lofa lagi, kedatangannya ke malam ABPBH 2013 Sabtu lalu pada mulanya hanya mahu bertemu rakan-rakan nyata sekali mendatangkan rezeki buatnya.

“Sebelum ni dah dua tahun tiada rezeki. Teragak-agak pada mulanya nak datang tetapi Lofa datang jugak sebab nak jumpa rakan-rakan lain. Tapi Alhamdulillah ada rezeki malam ni. Dan Lofa tidak jangka langsung untuk menang malam ini:

Tentu sekali kemenangan ini memberi semangat yang lebih kepada Lofa untuk memastikan dia sentiasa memberi persembahan terbaik setiap kali muncul di kaca tv.

Dengan kemengan ini, Lofa sekaligus berjaya menewaskan otai bidang pengacaraan iaitu Fara Fauzana yang telah bertahun memegang gelaran sebagai pengacara TV paling popular. Bagi Lofa, kemenangan ini boleh dianggap kejayaan bersama kerana mereka berdua saling menyokong antara satu sama lain dan menganaggap Fara sebagai sifunya. (rtky/bsr)