fbpx

Neelofa, Rizalman Gaduh Kerana Hashtag Di Instagram?

Pereka fesyen terkenal, Rizalman baru baru ini telah menegur perbuataan peniaga di Instagram yang menggunakan #RizalmanForZalora untuk mempromosikan tudung keluaran Neelofa selain menganggap perbuatan tersebut seperti tidak beretika dan beradab.

Secara teknikalnya pun, ini bukanlah salah Neelofa sendiri namun satu komen yang ditinggalkan selebriti di Instagram telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat akan sikap professional Neelofa berhadapan dengan situasi seperti ini.

BACA: Neelofa Pantau Jualan Tudung Tiruan Guna Jenama Naelofar

“Sampai bila bila pun jangan senang melatah dan jadi orang yang berpengaruh tetapi pemikiran sangat cetek. kesian bila fikirkan, dah berusia tapi hati makin buruk,” tulis Neelofa di ruangan komen akaun Instagram seorang pereka fesyen, Fizi Woo.

Komen itu dipercayai ditujukan buat Rizalman atas tindakan beliau menyelar agen tudung Naelofar yang menggunakan hashtag rasmi jenamanya di Instagram. Rizalman bagaimana pun telah memadam gambar komen yang dikongsi di Instagram beliau baru baru ini.

Neelofa & Rizalman Gaduh Kerana Hashtag Di Instagram? - ROTIKAYA

Elok rasanya mereka berdua ini berhubung sesama mereka dari terus meninggalkan komen di ruangan sosial media yang akan lebih keruhkan keadaan. Kita pun sudah mahu beraya tidak lama lagi, perlu bermaafan kalau ada terlanjur kata ‘kan? (rtky/m)