fbpx

Neelofa Minta Hentikan Spekulasi Cinta

Mengakui emosi terganggu dek kerana spekulasi cinta bersama Fattah Amin semakin bertebaran di laman sosial, Neelofa meminta memberikannya ruang untuk bernafas seketika. Menerusi akaun Instagramnya, Neelofa meluahkan rasa hati mengenai tekanan yang dihadapinya apabila sering diasak dengan isu itu seolah seperti dipaksa untuk bercinta dengan pelakon itu.

BACA: Neelofa Berehat Dari Berlakon Drama Baru

“Saya dan Fattah juga sudah berbincang mengenai hal ini dan diharap akan diberi sedikit ruang dan masa untuk berfikir. Kami tak mahu rasa dibebani dengan apa yang ditulis di laman maya dan juga akhbar. Kami juga tak mahu rasa seperti bertanggungjawab di atas tekanan ini semata-mata hanya untuk menggembirakan hati peminat kami semua”

“Kalau cerita membabitkan saya, boleh diterima. Tetapi jika membabitkan keluarga sendiri dan orang lain, ia sangat tidak cool. Sekurang-kurangnya adalah sedikit rasa hormat terhadap keluarga saya dan Fattah. Apa yang kalian rasa jika orang luar yang seolah-olah lebih tahu segala segi cerita berbanding dengan keluarga,” katanya kepada Berita Harian Online.

Dalam masa yang sama, Neelofa yang turut sedih membaca perincian laporan yang dijaja mengenai hidup peribadinya menjelaskan, dirinya kini lebih selesa bersendirian tanpa mengikat tali percintaan dengan sesiapa. Baginya dalam soal jodoh biar sahaja Tuhan yang menentukannya, tanpa ada rasa perlu melakukan sesuatu kerana ingin menggembirakan hati orang lain.

Apapun, buat Neelofa semoga anda teru kuat menghadapi satu lagi dugaan dalam menjadi seorang anak seni. Kadang kala orang lebih suka bercakap sesuatu apabila mereka tidak mengetahui hal sebenar. Kalau jodoh memang tidak akan ke mana! (rkty/w)