fbpx

Neelofa Kembali Berlakon Dengan Fattah Amin

Jika sebelum ini Neelofa menyatakan bahawa dia tidak akan berlakon lagi bersama Fattah Amin, pendiriannya itu berubah apabila pasangan ini akan disatukan dalam satu telefilem khas untuk raya nanti.

BACA: “Apa Pun Jadi, Kami Tetap Kawan” – Neelofa

“Saya buat ini (berlakon lagi dengan Fattah) demi peminat yang tak putus-putus berharap supaya dapat melihat gandingan kami berterusan. Bagaimanapun, SHMP kali ini bukan dalam format drama tetapi telefilem khas raya,” katanya kepada BH Online.

Telefilem khas drama Suri Hati Mr Pilot akan memulakan penggambaran pada April ini dan bagi peminat setia pasangan ini pastinya ini merupakan khabar baik buat mereka.

Sebelum ini, Neelofa dan juga Fattah masing masing menimbulkan tanda tanya kerana tidak mahu berlakon bersama lagi. Namun nampaknya Neelofa sayangkan peminat dan pastinya perkara ini akan membuatkan Instagram anda nanti akan dibanjiri gambar pasangan ini. (rtky/s)